DUNIA > BERITA

Letupan Gegarkan Pulau Kharg Susulan Serangan AS-Israel

07/04/2026 08:53 PM

ISTANBUL, 7 April (Bernama-Anadolu) -- Siri letupan kedengaran di Pulau Kharg milik Iran di Teluk susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi, memetik media Iran pada Selasa.

Menurut Agensi Berita Mehr, pesawat perang AS dan Israel melakukan beberapa serangan udara di pulau itu, menyebabkan beberapa letupan.

Belum ada butiran mengenai mangsa atau kerosakan.

Minggu lepas, Presiden AS Donald Trump berkata semua sasaran tentera di Pulau Kharg "telah musnah sepenuhnya".

Trump juga menyatakan minat untuk "mengawal" minyak Iran, menyatakan merampas Pulau Kharg, terminal eksport minyak utama Iran, adalah antara pilihan yang sedang dipertimbangkan.

Ketegangan serantau kian meningkat sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb, mengorbankan ribuan orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Iran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan