CANBERRA, 9 April (Bernama-Xinhua) -- Menteri Luar Australia Penny Wong pada Khamis berkata konflik berterusan di Lubnan berisiko menjejaskan gencatan senjata di Asia Barat, lapor Xinhua.
Wong memberitahu radio Australian Broadcasting Corporation (ABC) bahawa gencatan senjata selama dua minggu yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran sepatutnya turut terpakai kepada Lubnan, dan Australia menggesa Hizbullah serta Israel supaya mematuhi gencatan senjata itu.
“Jika pertempuran berterusan di Lubnan, ia berisiko menjejaskan keseluruhan gencatan senjata di rantau ini,” katanya.
Kenyataan beliau dibuat selepas Israel pada Rabu melancarkan serangan udara ke seluruh Lubnan.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan awal pagi Khamis, Wong dan rakan sejawatannya dari United Kingdom, Brazil, Colombia, Indonesia, Jordan dan Sierra Leone menggesa “penghentian segera” permusuhan di Lubnan.
Kenyataan itu menyebut negara-negara penandatangan amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Lubnan dan mengutuk “sekeras-kerasnya” tindakan yang telah mengorbankan anggota pengaman serta meningkatkan risiko yang dihadapi petugas kemanusiaan di selatan Lubnan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial