Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 10 April (Bernama) -- Operasi penerbangan tidak terjejas selepas kebakaran berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) di Mumbai pada petang Khamis.
Insiden di Terminal 1 itu dilaporkan berpunca daripada litar pintas elektrik, menurut kenyataan lapangan terbang berkenaan.
“Kebakaran berjaya dikawal serta-merta oleh pasukan tindak balas kecemasan dalam tempoh beberapa minit. Operasi lapangan terbang kekal tidak terjejas,” kata seorang jurucakap.
Media tempatan melaporkan kebakaran bermula pada kabel dan panel bekalan kuasa.
Kebakaran berjaya dipadamkan selepas kira-kira tiga jam pada 9.20 malam, dengan operasi terganggu seketika susulan asap tebal yang menyelubungi kawasan itu.
Kamera litar tertutup terjejas dan beberapa jambatan udara ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, menurut satu laporan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial