DUNIA > BERITA

Su Agung OPEC, Pesuruhjaya Tenaga EU Bincang Pasaran Minyak - OPEC

10/04/2026 05:51 PM

MOSCOW, 10 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Haitham Al Ghais dan Pesuruhjaya Tenaga Eropah Dan Jorgensen membincangkan pasaran minyak dan prospek sektor tenaga, menurut OPEC, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mesyuarat Peringkat Tinggi ke-16 Dialog Tenaga OPEC-EU berlangsung hari ini di Suruhanjaya Eropah di Brussels, Belgium. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Haitham Al Ghais, Setiausaha Agung OPEC, dan Dan Jorgensen, Pesuruhjaya Tenaga dan Perumahan, Suruhanjaya Eropah.

"Perbincangan tertumpu pada pasaran minyak global, tinjauan tenaga jangka panjang, serta kepentingan pelaburan berterusan dalam sektor tenaga," menurut hantaran organisasi itu di X pada Khamis.

Semasa mesyuarat, Al Ghais turut mengesahkan komitmen organisasi berkenaan untuk menyokong kestabilan pasaran dan menekankan keperluan pelaburan jangka panjang dalam semua bentuk tenaga bagi memenuhi jangkaan permintaan tenaga masa depan, menurut OPEC.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan