ISTANBUL, 11 April (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) Sohail Mahmood memberitahu Anadolu bahawa negara anggota seperti Pakistan, Turkiye dan Mesir giat membantu usaha pengantaraan bagi mengelakkan peningkatan lanjut konflik di Iran, menyokong gencatan senjata serta menggalakkan penyelesaian diplomatik yang berkekalan.
Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan amanah bersejarah dalam rundingan gencatan senjata yang dirancang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Pakistan, katanya dalam kenyataan bertulis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau menambah bahawa usaha diplomasi di belakang tabir selama beberapa minggu telah membantu mewujudkan peluang penting untuk meredakan ketegangan.
Mahmood menegaskan bahawa rundingan di Islamabad mesti membuahkan hasil dan membawa kepada keamanan yang stabil.
Beliau memberi amaran bahawa risiko masih sangat tinggi, khususnya terhadap pasaran tenaga global dan ekonomi yang bergantung kepada bekalan minyak Teluk yang stabil.
Bagaimanapun, beliau berkata peluang untuk mencapai kemajuan besar juga amat signifikan dan menyatakan harapan agar semua pihak bertindak secara bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh bagi memastikan rundingan itu berjaya.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial