LONDON, 13 April (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Arsenio Dominguez berkata pada Isnin tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa, lapor Xinhua.
Bercakap dalam satu sidang media, Dominguez membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan sama ada sekatan yang berpotensi dilaksanakan oleh Washington ke atas Selat Hormuz akan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Dari sudut perundangan, selaras dengan undang-undang antarabangsa, tiada negara berhak untuk melarang hak laluan aman, mahupun menghalang kebebasan pelayaran melalui selat antarabangsa yang digunakan untuk transit antarabangsa,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengumumkan yang Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz selepas rundingan damai dengan Iran gagal mencapai persetujuan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial