DUNIA > BERITA

Korea Selatan Salur Bantuan Kemanusiaan Bernilai US$500,000 Kepada Iran

15/04/2026 08:39 AM

SEOUL, 14 April (Bernama-Yonhap) -- Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik, atas permintaan organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar negara itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut kementerian itu sambil menyatakan harapan agar sokongan berkenaan dapat membantu meringankan situasi kemanusiaan.

Langkah itu diambil selepas Seoul menghantar utusan khas ke Tehran pada hujung minggu lepas ketika Korea Selatan berusaha memastikan keselamatan kapal dan anak kapal yang berkaitan dengan negara itu yang masih terkandas di Selat Hormuz.

Bulan lepas, Korea Selatan menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$2 juta kepada Lubnan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan