Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 17 April (Bernama) -- Menteri Tenaga Sri Lanka Kumara Jayakodi meletak jawatan pada Jumaat susulan kontroversi import arang batu.
Menteri itu mengemukakan peletakan jawatannya kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake bagi “memudahkan siasatan yang adil dan bebas dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Khas Presiden terhadap proses import arang batu”, menurut Bahagian Media Presiden (PMD) dalam satu kenyataan.
Setiausaha kementerian itu, Udayanga Hemapala turut meletak jawatan.
Satu laporan polis difailkan pada 11 April bagi memohon siasatan rasmi terhadap import arang batu untuk penjanaan elektrik sejak 2009.
Terdapat dakwaan bahawa import arang batu berkualiti rendah menjejaskan penjanaan elektrik negara itu.
Isu dakwaan penyelewengan import arang batu turut dibangkitkan di Parlimen Sri Lanka.
Jayakodi pada 10 April terselamat daripada usul tidak percaya yang dikemukakan oleh ahli Parlimen pembangkang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial