WELLINGTON, 20 April (Bernama-Xinhua) -- Keadaan darurat diisytiharkan di ibu negara New Zealand, Wellington, pada Isnin selepas hujan lebat mencetuskan banjir serius dan tanah runtuh, dengan seorang lelaki dilaporkan tidak dapat dikesan, lapor Xinhua.
Polis memaklumkan mereka sedang mencari Philip Sutton, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dari pinggir bandar Karori, yang dilaporkan hilang selepas air banjir dan serpihan melanda kediamannya.
Wilayah itu kekal di bawah amaran hujan lebat tahap merah berisiko tinggi sehingga malam Selasa, menurut perkhidmatan meteorologi negara berkenaan.
Penduduk di kawasan rendah dan terdedah kepada banjir dinasihatkan melakukan evakuasi sendiri dalam tempoh 24 jam akan datang, walaupun tiada arahan evakuasi mandatori dikeluarkan setakat ini.
Sebuah pusat bantuan kecemasan telah dibuka untuk mereka yang terjejas.
Beberapa kawasan di bahagian selatan Pulau Utara masih menjalankan kerja pembersihan susulan banjir kilat pada Ahad.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial