TOKYO, 20 April (Bernama-Kyodo) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan timur laut dan utara Jepun pada Isnin, susulan itu amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News Agency.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa yang berlaku pada 4.53 petang itu mencatat intensiti atas 5 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap, selain berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Agensi itu meramalkan ombak tsunami setinggi sehingga tiga meter melanda pantai Pasifik di wilayah Hokkaido dan Iwate dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial