DUNIA > BERITA

Tiga Anggota SDF Maut Dalam Letupan Semasa Latihan Di Barat Daya Jepun

21/04/2026 03:16 PM

FUKUOKA, 21 April (Bernama-Kyodo) – Tiga anggota Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) Jepun maut manakala seorang lagi cedera selepas sebutir peluru meriam kereta kebal meletup secara tidak sengaja di lapang sasar latihan di barat daya Jepun pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik GSDF.

insiden itu berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi semasa latihan kereta kebal sedang dijalankan di tapak latihan Hijudai GSDF di Wilayah Oita.

GSDF dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa peluru kereta kebal terbabit meletup sebelum tembakan  sempat dilepaskan.

"Kami sedang berusaha untuk mengesahkan butiran lanjut serta punca kejadian ini," kata Menteri Pertahanan, Shinjiro Koizumi kepada pemberita di bangunan parlimen di Tokyo.

Beliau menyifatkan insiden berkenaan sebagai amat dikesali dan menegaskan bahawa langkah keselamatan yang lebih menyeluruh akan dipastikan selepas ini.

Menurut pihak berkuasa bomba tempatan, mangsa yang cedera mengalami kesan lecur di bahagian muka namun dilaporkan berada dalam keadaan sedar.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan