DAR ES SALAAM (Tanzania), 21 April (Bernama-Xinhua) -- Populasi singa di Tanzania telah mencecah kira-kira 17,000, jumlah terbesar di dunia, kata seorang pegawai pada Isnin, lapor Xinhua.
Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber Asli dan Pelancongan Tanzania, Hassan Abbasi membuat pengumuman itu semasa perbincangan dengan Setiausaha Tetap di Kementerian Pelancongan, Hidupan Liar dan Barang Purba Uganda, Doreen Katusiime, yang mengetuai delegasi dalam rangka lawatan sambil belajar ke Tanzania.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada program perkongsian ilmu yang bertujuan untuk bertukar pengalaman dalam memerangi pemburuan haram dan perdagangan haram hidupan liar dalam kalangan negara yang melaksanakan projek pemuliharaan yang serupa.
Abbasi berkata usaha pemuliharaan Tanzania telah membawa kepada penurunan ketara dalam pemburuan haram dan pemulihan stabil populasi hidupan liar, terutamanya singa.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pemuliharaan hidupan liar, pelancongan dan pengurusan sumber asli bagi meningkatkan sumbangan sektor tersebut kepada pembangunan mampan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial