DUNIA > BERITA

Singapura Rekod 410 Kes Denggi Dalam Suku Pertama, Penurunan Hampir 30 Peratus

21/04/2026 09:28 PM

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 21 April (Bernama) -- Singapura mencatatkan sejumlah 410 kes denggi pada suku pertama 2026, iaitu penurunan 29.2 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Dalam data pengawasan denggi suku tahunan yang dikeluarkan pada Selasa, agensi itu melaporkan satu kematian pada suku pertama, dengan bilangan kluster berjumlah 24 untuk tempoh Januari hingga Mac 2026.

Daripada 24 kluster itu, 22 telah ditutup dalam tempoh yang sama dan bilangan kluster yang dikenal pasti menurun kira-kira 56 peratus berbanding suku sebelumnya.

“NEA mengesan lebih 1,900 habitat pembiakan nyamuk Aedes pada suku tersebut, penurunan kira-kira 36 peratus berbanding suku sebelumnya.

Menurut NEA, lebih 4,000 kes denggi dilaporkan pada 2025, kira-kira 70 peratus lebih rendah daripada jumlah kes yang dilaporkan pada 2024.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan