HYDERABAD, 24 April (Bernama) -- Pakistan memulangkan satu lagi deposit berjumlah US$1 bilion kepada Abu Dhabi sekali gus melengkapkan pembayaran balik keseluruhan deposit sebanyak US$3.45 bilion kepada emiriah Teluk itu pada bulan ini.
Bank Negara Pakistan (SBP) memaklumkan pada Jumaat bahawa deposit US$1 bilion itu dibayar balik kepada Dana Pembangunan Abu Dhabi (ADFD) pada Khamis manakala baki US$2.45 bilion telah dibayar minggu lalu.
Abu Dhabi sebelum ini menyediakan deposit berfaedah itu bagi menyokong imbangan pembayaran Pakistan dan melanjutkan tempohnya setiap tahun, namun lanjutan berkenaan kebelakangan ini menjadi bersifat jangka pendek.
Jumlah keseluruhan rizab asing cair Pakistan mencecah US$20.63 bilion setakat 17 April.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial