MANILA, 25 April (Bernama-PNA) -- Jabatan Pekerja Migran Filipina (DMW) pada Sabtu memaklumkan seramai 7,674 pekerja Filipina di luar negara (OFW) dan tanggungan mereka telah kembali ke tanah air sejak krisis Asia Barat tercetus hampir dua bulan lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 7,051 dihantar pulang melalui pembiayaan kerajaan, termasuk 5,669 OFW dan 1,382 tanggungan, lapor agensi berita Filipina (PNA).
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos akan meneruskan usaha membawa pulang lebih ramai rakyat Filipina yang memohon untuk kembali ke negara itu.
Setiausaha DMW Hans Leo Cacdac sebelum ini berkata agensi berkenaan akan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Filipina di rantau itu terus terpelihara serta bersedia sekiranya timbul keperluan untuk melaksanakan penghantaran pulang secara besar-besaran.
Konflik yang kini merebak ke negara Teluk jiran tercetus apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi ketenteraan bersama terhadap tapak nuklear dan kepimpinan Tehran pada 28 Feb.
-- BERNAMA-PNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial