HYDERABAD, 30 April (Bernama) -- Rupee India jatuh ke paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan aliran keluar dana asing dan kenaikan harga minyak mentah global menjejaskan mata wang itu.
Dengan konflik Iran-AS yang belum selesai, risiko geopolitik terus menekan rupee.
Mata wang itu, yang ditutup pada 94.88 berbanding dolar AS pada Rabu, merosot kepada 95.25 dalam dagangan pada Khamis.
India, pengguna tenaga ketiga terbesar di dunia, kini berdepan kos import yang lebih tinggi apabila harga penanda aras minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi dalam empat tahun pada Khamis, melepasi AS$126 setong.
Penghantaran tenaga terganggu di Selat Hormuz sejak AS dan Israel memulakan perang ke atas Iran pada 28 Feb selain sekatan tentera laut Presiden AS Donald Trump dan ancaman ketenteraan telah menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan minyak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial