DUNIA > BERITA

AS “Bimbang” Susulan Kemboja Kekalkan Sabitan Terhadap Bekas Ketua Pembangkang

02/05/2026 08:06 PM

HAMILTON, 2 Mei (Bernama-Anadolu) -- Amerika Syarikat (AS) pada lewat Jumaat menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan perbicaraan rayuan melibatkan Kem Sokha, ketua pembangkang Kemboja yang dipenjarakan selepas disabitkan bersalah kerana berkomplot untuk menggulingkan kerajaan, lapor Anadolu Ajansi.

“Amerika Syarikat bimbang dengan keputusan mengekalkan sabitan terhadap Kem Sokha,” menurut kenyataan media jurucakap Jabatan Negara Tommy Pigott.

Sokha ialah pengasas bersama Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) yang kini telah dibubarkan, yang pernah mencapai kemajuan politik ketara di negara itu selepas penubuhannya pada 2012. Beliau ditahan pada 2017.

Bimbang akan ditahan, beberapa lagi anggota CNRP melarikan diri dari negara Asia Tenggara itu.

Menolak dakwaan campur tangan AS dalam urusan Kemboja, kenyataan itu menyatakan: “Dakwaan penglibatan AS dalam rancangan menentang kerajaan Kemboja adalah tidak benar sama sekali dan tidak bertanggungjawab.”

“Kami menggesa kerajaan Kemboja memastikan rakyatnya dapat melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan bersuara secara bebas serta terus menggesa pembebasan mereka yang ditahan secara tidak adil,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan