DUNIA > BERITA

6 Maut Dalam Banjir Di Utara, Barat Algeria

03/05/2026 03:40 PM

ALGIERS, 3 Mei (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya enam orang maut dan puluhan lagi cedera selepas banjir melanda beberapa wilayah di utara dan barat Algeria pada Sabtu, menurut pihak berkuasa pertahanan awam, lapor Anadolu Ajansi.

Lima mangsa terkorban di wilayah M’sila selepas sebuah kenderaan dihanyutkan oleh air yang semakin naik di Oued Ain Sebaa dalam perbandaran Tamsa, kata Pertahanan Awam Algeria, sambil menambah enam lagi dalam kenderaan yang sama diselamatkan.

Di wilayah Relizane barat, penyelamat menemui mayat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dihanyutkan banjir di Oued Cheliff di perbandaran Jdiouia.

Pasukan pertahanan awam turut menyelamatkan puluhan penduduk di beberapa wilayah selepas banjir menyebabkan mereka terperangkap dan jalan tidak boleh dilalui selain menjejaskan lalu lintas di beberapa laluan.

Banjir berlaku selepas cuaca buruk berhari-hari menimpa utara Algeria termasuk ribut petir, hujan lebat dan hujan batu besar, yang menyebabkan sungai melimpah dan kerosakan tanah ladang.

Selepas kemarau bertahun-tahun, taburan hujan yang meluas sejak hujung musim luruh telah menaikkan paras air di puluhan empangan dan menghidupkan semula banyak mata air yang telah kering, selain menyuburkan tumbuhan.

 Menurut pihak berkuasa, hujan dijangka meningkatkan penuaian tahun ini terutamanya dalam pengeluaran bijirin.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan