DUNIA > BERITA

Jordan Serang Kem Penyeludup Dadah, Senjata Di Selatan Syria

03/05/2026 03:45 PM

ISTANBUL, 3 Mei (Bernama-Anadolu) -- Pasukan tentera Jordan melakukan serangan pada awal Ahad ke atas tapak yang digunakan oleh penyeludup dadah dan senjata di sepanjang sempadan utara kerajaan itu di selatan Syria, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita negara Petra.

Menurut pasukan tentera, operasi menyasarkan kemudahan dan gudang yang digunakan sebagai tempat pelancaran untuk penyeludupan ke Jordan, sambil menambah bahawa tapak itu dikenal pasti berdasarkan maklumat risikan dan dimusnahkan dalam serangan tepat.

Serangan dijalankan ketika percubaan penyeludupan meningkat dan menurut pihak tentera, tindakan berkenaan adalah untuk menghalang aliran dadah dan senjata ke negara tersebut.

Jordan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melaksanakan serangan serupa yang menyasarkan rangkaian pengedaran dadah di sepanjang sempadan utaranya dengan Syria.

Serangan dilakukan semasa pentadbiran baharu Syria mengambil langkah untuk mengukuhkan keselamatan di seluruh negara susulan penggulingan Bashar al-Assad pada akhir 2024 selepas 24 tahun berkuasa.

Assad melarikan diri ke Rusia, menandakan berakhirnya pemerintahan Parti Ba'ath sejak 1963.

Pentadbiran peralihan yang diketuai oleh Presiden Ahmad Al-Sharaa mengambil alih jawatan pada Januari 2025.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan