DUNIA > BERITA

Satelit Pemerhatian Bumi Korea Selatan Dilancarkan Dari Pangkalan AS

03/05/2026 08:02 PM

SEOUL, 3 Mei (Bernama-Yonhap) -- Sebuah satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan ke orbit bumi rendah dari pangkalan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Yonhap.

SpaceX melancarkan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara County, California, pada 11.59 malam Sabtu (waktu tempatan), membawa 45 muatan.

Misi itu dinamakan sebagai CAS500-2, sempena satelit utama yang dipanggil Compact Advanced Satellite (CAS) 500-2 daripada Korea Aerospace Industries.

Satelit bersaiz sederhana generasi seterusnya No. 2 telah dibangunkan untuk pemantauan bencana dan pemerhatian pertanian.

CAS500-2 pada asalnya dijadual dilancarkan pada roket Soyuz Rusia pada 2022 namun penempatan itu ditangguhkan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan