DUNIA > BERITA

21 Maut, 61 Cedera Dalam Letupan Kilang Bunga Api Di Tengah China

05/05/2026 12:42 PM

CHANGSHA (China), 5 Mei (Bernama-Xinhua) -- Letupan di sebuah kilang bunga api di wilayah Hunan, tengah China pada Isnin menyebabkan 21 orang maut dan 61 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa pada Selasa, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku kira-kira 4.43 petang Isnin di kilang milik syarikat pembuatan dan pertunjukan bunga api Huasheng di Liuyang, sebuah bandar peringkat daerah di bawah pentadbiran Changsha, ibu negeri Hunan.

Lebih 480 anggota penyelamat dalam lima pasukan telah digerakkan untuk operasi menyelamat, dengan tiga robot penyelamat turut dikerahkan.

Setakat 8 pagi Selasa, pasukan penyelamat telah mengesahkan jumlah korban selepas pusingan pertama operasi pencarian. Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan pusingan kedua operasi pencarian sedang dijalankan.

Individu yang bertanggungjawab terhadap syarikat itu telah ditahan polis dan punca kejadian sedang disiasat.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan