HAMILTON, 9 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran pada Jumaat, Washington mungkin meningkatkan tindakan ketenteraan di Selat Hormuz sekiranya perjanjian dengan Iran tidak dimuktamadkan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Trump turut mengancam untuk mengaktifkan semula dan mengembangkan operasi “Project Freedom” yang dihentikan buat masa ini.
“Ia akan menjadi Project Freedom Plus, yang bermaksud Project Freedom serta (tambahan) perkara lain,” katanya kepada pemberita di White House.
Ketegangan serantau memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb, mencetuskan tindakan balas Tehran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, berserta penutupan Selat Hormuz.
Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian yang berkekalan.
Gencatan senjata itu kemudiannya dilanjutkan oleh Trump tanpa tarikh akhir yang ditetapkan.
Sejak 13 April, AS telah menguatkuasakan sekatan tentera laut yang menyasarkan trafik maritim Iran di laluan air berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial