DUNIA > BERITA

Kerajaan Baharu Tamil Nadu Menang Undi Percaya

13/05/2026 11:23 PM

Oleh Shakir Husain

HYDERABAD, 13 Mei (Bernama) -- Kerajaan baharu Tamil Nadu memenangi undi percaya di dewan undangan negeri dengan selesa pada Rabu walaupun parti Ketua Menteri C. Joseph Vijay tidak mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan secara sendiri.

Kerajaan Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang dibentuk pada 10 Mei itu menerima sokongan parti-parti kecil serta sekumpulan wakil rakyat All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti semasa undi percaya berkenaan.

Kerajaan itu disokong 144 anggota dewan, manakala 22 undi menentang dalam dewan yang mempunyai 234 kerusi.

Anggota dewan daripada parti pemerintah terdahulu Dravida Munnetra Kazhagam (DMK), yang memenangi 59 kerusi dalam pilihan raya dan diketuai di dewan oleh bekas timbalan ketua menteri Udhayanidhi Stalin, bertindak keluar dewan sebelum pengundian dijalankan.

TVK memenangi 108 kerusi dalam pilihan raya dewan undangan negeri pada April, namun gagal mencapai 118 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti mudah

Parti itu membentuk kerajaan selepas menerima sokongan daripada Indian National Congress, Parti Komunis India (CPI), Parti Komunis India-Marxis (CPI-M), Viduthalai Chiruthaigal Katchi (VCK) dan Liga Persatuan Muslim India (IUML).

Amma Makkal Munnettra Kazagam yang dipimpin T.T.V. Dhinakaran pada Selasa memecat satu-satunya anggota dewannya, S. Kamaraj selepas beliau menyokong kerajaan Vijay.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan