BEIJING, 21 Mei (Bernama-CMG) -- Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026 akan berlangsung di Suzhou, China pada 22 hingga 23 Mei, dengan kehadiran kira-kira 700 perwakilan dari 21 anggota APEC dan organisasi antarabangsa.
Semua persiapan bagi mesyuarat itu telah selesai.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-35 penyertaan China dalam APEC, selain menjadi kali ketiga negara itu menjadi tuan rumah persidangan APEC.
Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC merupakan antara sesi penting dalam mekanisme persidangan APEC.
Selain membincangkan topik tradisional, mesyuarat tahun ini turut memberi tumpuan kepada sektor baharu muncul seperti ekonomi digital, pembangunan hijau dan rendah karbon, serta daya tahan rantaian perindustrian dan bekalan bagi memacu momentum ekonomi baharu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial