DUNIA > BERITA

SpaceX Lancar Roket Starship Dinaik Taraf Dalam Ujian Terbaharu

23/05/2026 11:48 AM

HAMILTON, 23 Mei (Bernama-Anadolu) -- SpaceX pada Jumaat melancarkan roket Starship paling berkuasa setakat ini, menandakan satu lagi ujian utama dalam usaha syarikat itu membangunkan kapal angkasa bagi misi masa depan ke bulan dan Marikh, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Roket gergasi itu berlepas dari kemudahan Starbase milik SpaceX di Texas, Amerika Syarikat membawa sejumlah satelit Starlink simulasi sebagai sebahagian daripada misi ujian bersepadu ke-12.

Pelancaran itu dilakukan tidak lama selepas pengasas SpaceX, Elon Musk mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan syarikat itu di pasaran saham.

Menurut kemas kini SpaceX di platform dalam talian, Starship yang dinaik taraf itu berjaya melakukan manuver pusingan terkawal sebelum mendarat di sasaran di Lautan Hindi berhampiran pelampung yang ditandakan dengan logo Starlink.

SpaceX menjalankan beberapa siri penerbangan ujian Starship dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai usaha ke arah matlamat jangka panjang Musk untuk membina penempatan manusia di Marikh.

Syarikat itu juga memperluas ujian keupayaan pendaratan dan pemulihan kapal angkasa berkenaan menjelang misi dengan kru pada masa depan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan