KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kedutaan Malaysia di Qatar menganjurkan “Kempen Derma Darah Komuniti Malaysia,” sebagai sebahagian usaha rakyat Malaysia untuk menyumbang semula kepada negara tuan rumah.
Dalam satu kenyataan, pihak kedutaan memaklumkan program berkenaan yang diadakan pada Jumaat, mencerminkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
“Inisiatif sebegini mengukuhkan lagi persahabatan erat, muhibah, dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan Qatar sambil mempamerkan sumbangan positif masyarakat Malaysia kepada masyarakat Qatar,” menurut kenyataan itu.
Bertemakan “Darah Anda, Harapan Mereka”, program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Malaysia Qatar (MAQ), Perkhidmatan Derma Darah Qatar dan Perbadanan Perubatan Hamad (HMC), disertai 100 rakyat Malaysia yang menetap di Qatar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial