BEIJING, 25 Mei (Bernama-CMG) -- Kerjasama antara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan China terus diperluas melangkaui skop dua hala sehingga mencakupi seluruh Selatan Global.
Demikian menurut Ketua Pengarah UNESCO Khaled El-Enany dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Beliau berkata China merupakan satu daripada rakan kongsi terpenting UNESCO, dengan kerjasama kedua-dua pihak merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat.
El-Enany mengadakan lawatan sulung ke China pada pertengahan Mei dengan mengunjungi Hangzhou, Beijing dan Shanghai.
Beliau turut berkongsi pengalaman menghadiri majlis perasmian serta sidang pleno Persidangan Pendidikan Digital Dunia di Hangzhou.
El-Enany berkata transformasi digital dan pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) kini menjadi trend utama dunia.
Beliau menegaskan bahawa teknologi perlu berpusatkan manusia, sambil menambah pembangunan AI harus mematuhi garis panduan etika serta mencerminkan nilai seperti keadilan dan keterangkuman.
Ketua Pengarah UNESCO itu turut menyifatkan inisiatif China berkaitan interaksi dan saling belajar antara tamadun sebagai selari dengan visi serta misi UNESCO.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial