DUNIA > BERITA

Wang Yi Hadir Mesyuarat Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global

29/05/2026 02:50 PM

NEW YORK, 29 Mei (Bernama-CMG) -- Usaha mereformasi dan menambah baik tadbir urus global memerlukan keyakinan dan konsistensi, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Perkara itu dinyatakan Wang ketika berucap pada mesyuarat Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global (GFGG) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Khamis.

Dalam ucapannya, Wang menyeru agar usaha dilakukan untuk memacu pembaharuan PBB bagi menjadikan badan dunia itu lebih cekap serta mengukuhkan kewibawaan dan keupayaan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Beliau turut menekankan keperluan menyelaraskan misi pengaman PBB dengan tuntutan semasa, membina konsensus antarabangsa bagi memperkasa pembangunan, mengemudi tadbir urus hak asasi manusia global ke landasan yang betul serta memperdalam pembaharuan sistem ekonomi dan kewangan.

Selain itu, Wang mencadangkan penggubalan peraturan berkaitan pengurusan teknologi kecerdasan buatan (AI), peningkatan tadbir urus dalam bidang baharu seperti ruang siber dan angkasa, selain menggalakkan interaksi antara tamadun ke arah keterangkuman serta pembelajaran bersama.

Mesyuarat GFGG itu dilaporkan turut dihadiri oleh menteri luar dan perwakilan dari lebih 60 negara, termasuk Pakistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Cuba dan Zimbabwe.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan