BEIJING, 2 Jun (Bernama-CMG) -- Persidangan Klasik Dunia kali Kedua bertemakan “Dialog Antara Masa Silam dan Moden: Inspirasi Kontemporari daripada Hikmah Klasik” akan diadakan di Athens, Greece pada 9 hingga 10 Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan Akademi Sains Sosial China pada majlis pra-pelancaran persidangan berkenaan di sini pada Isnin.
Persidangan itu akan menjadi platform kondusif yang menghimpunkan sarjana pengajian klasik dari dalam dan luar negara, selain pakar serta cendekiawan dalam bidang peradaban, kebudayaan, arkeologi dan bidang berkaitan.
Menerusi platform itu, mereka akan mengadakan dialog secara mendalam, bertukar-tukar pandangan serta menjana impak sosial berhubung topik berkaitan peradaban klasik.
Selain upacara perasmian dan penutupan, persidangan itu turut menampilkan empat forum utama.
Forum berkenaan masing-masing mengangkat tema “Etika dan Penyantunan: Tafsiran Moden Pendidikan Klasik”, “Persahabatan dan Komuniti: Komuniti Berteraskan Tata Susila di Sebalik Perubahan Masa Silam dan Moden”, “Keamanan dan Keteraturan: Penyelesaian Peradaban dalam Perubahan Global” serta “Teknologi dan Peradaban: Semangat Kemanusiaan dalam Era Pendigitalan”.
Persidangan itu juga akan dilengkapi pameran bertemakan “Memberi Nafas Baharu kepada Klasik pada Zaman Moden - Pameran Pencapaian dalam Peradaban Klasik Dunia”.
Persidangan kali ini dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Sosial China, Kementerian Pendidikan China, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Kebudayaan Greece serta Akademi Sains Athens Greece.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial