DUNIA > BERITA

Pertumbuhan Ekonomi Global Dijangka Perlahan Kepada 2.8 Peratus Pada 2026 Susulan Ketegangan Asia Barat - OECD

03/06/2026 06:40 PM

PARIS, 3 Jun (Bernama-Xinhua) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka bergerak perlahan daripada 3.4 peratus pada 2025 kepada 2.8 peratus pada 2026, sebelum kembali meningkat kepada 3.1 peratus pada 2027, menurut Tinjauan Ekonomi terbaharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada Rabu.

OECD berkata walaupun ekonomi dunia memasuki 2026 dengan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan ramai, konflik di Asia Barat kini menjadi faktor utama yang mempengaruhi unjuran ekonomi global, lapor Xinhua.

Menurut OECD, perkembangan konflik berkenaan masih tidak menentu, manakala kesan ekonominya dijangka berterusan untuk tempoh tertentu walaupun selepas krisis itu reda.

Mengambil kira faktor ketidakpastian ini, analisis organisasi itu bersandarkan kepada dua kemungkinan trajektori iaitu senario gangguan terhad-masa, yang menyaksikan kesan ganguan adalah singkat, serta senario gangguan berpanjangan yang membawa kesan negatif lebih luas dan lama.

Di bawah senario garis asas - yang menyaksikan prospek perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran kembali mendapat momentum serta harga tenaga mula merosot secara beransur-ansur dari pertengahan 2026 - OECD mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global menyusut kepada 2.8 peratus pada 2026 berbanding 3.4 peratus pada 2025, sebelum pulih kepada 3.1 peratus pada 2027.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan