DUNIA > BERITA

21 Maut Dalam Kebakaran Hotel Di New Delhi, India

03/06/2026 07:55 PM

NEW DELHI, 3 Jun (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam insiden kebakaran di sebuah hotel di ibu negara India, New Delhi, kata pegawai pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Kejadian berlaku di Malviya Nagar kira-kira 8.50 pagi waktu tempatan (0320GMT).

Kenyataan Polis Delhi mengesahkan jumlah kematian, sambil menambah lebih 40 orang telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pegawai juga berkata kebakaran melibatkan bangunan bertingkat dan api berjaya dikawal.

Ketua Menteri Delhi Rekha Gupta berkata menerusi X "agensi tindak balas kecemasan telah digerakkan", dengan "operasi menyelamat dan bantuan" sedang dijalankan.

Beliau berkata kerajaan memantau teliti situasi itu.

Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan insiden itu sebagai "tragis", sambil menambah: "Takziah saya kepada mereka yang kehilangan orang tersayang mereka. Semoga mereka yang cedera cepat sembuh. Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas."

Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor Press Trust of India.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan