DUNIA > BERITA

Presiden Korea Selatan Arah Siasatan Menyeluruh Berhubung Kekurangan Kertas Undi

07/06/2026 11:31 PM

SEOUL, 7 Jun (Bernama-Yonhap) -- Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Ahad mengarahkan pelancaran siasatan bersama secara menyeluruh oleh pihak pendakwa raya dan polis berhubung kekurangan kertas undi yang menjejaskan pilihan raya tempatan minggu lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sebanyak 12 lokasi di Seoul, termasuk daerah Songpa di bahagian timur bandar itu, melaporkan kekurangan kertas undi semasa pilihan raya pada Rabu, sekali gus menyebabkan proses pengundian di pusat mengundi yang terjejas dihentikan sementara.

Ribuan penunjuk perasaan terus berhimpun berhampiran sebuah pusat penjumlahan undi di timur Seoul untuk hari ketiga berturut-turut, menuntut pilihan raya baharu diadakan.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan