DUNIA > BERITA

Penjanaan Tenaga Hijau Di Medan Minyak Tarim Cecah 1.1 Bilion kWj

08/06/2026 01:27 PM

BEIJING, 8 Jun (Bernama-CMG) -- Medan Minyak Tarim di wilayah Xinjiang, China menjana lebih 1.1 bilion kilowatt jam (kWj) elektrik menerusi tenaga suria sejak awal tahun ini.

Pada masa ini, Medan Minyak Tarim memiliki lima kompleks loji janakuasa fotovoltaik dengan jumlah kapasiti keseluruhan 2.6 juta kilowatt (kW).

Dengan operasi projek fotovoltaik sedia ada yang berjalan selamat dan stabil, Medan Minyak Tarim kini mempercepat pembinaan beberapa projek baharu.

Antaranya termasuk projek fotovoltaik (PV) Ruoqiang berkapasiti satu juta kW yang sedang dibina di kawasan padang pasir dan Gurun Gobi di selatan Ruoqiang, Xinjiang.

Di tapak pembinaan seluas lebih 1,700 hektar itu, penggunaan robot pintar membantu meningkatkan kecekapan pembinaan.

Pengurus Jabatan Tenaga Baharu Medan Minyak Tarim PetroChina, Liang Yulei berkata projek Ruoqiang merupakan projek fotovoltaik berkapasiti 100 juta kW kedua yang dibangunkan oleh Medan Minyak Tarim.

Menurut beliau, projek itu telah memasuki fasa pemasangan panel fotovoltaik secara besar-besaran dan dijadual siap serta disambungkan ke grid tenaga pada akhir November tahun ini.

Selepas mula beroperasi, projek itu dijangka mampu menjana 1.61 bilion kWj tenaga elektrik setiap tahun.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan