BRUSSELS, 8 Jun (Bernama-WAM) -- Majlis Eropah pada Isnin meluluskan peraturan yang mewujudkan rangka kerja baharu bagi melindungi pasaran keluli Kesatuan Eropah (EU) daripada kesan negatif berkaitan perdagangan akibat lebihan kapasiti global, seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Keluli dan Logam 2025, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Peraturan baharu itu akan menggantikan langkah perlindungan keluli EU sedia ada yang tamat tempoh pada 30 Jun tahun ini, sekali gus memastikan perlindungan berterusan bagi sektor keluli EU.
Peraturan itu dijadual berkuat kuasa pada 1 Julai bagi menggantikan langkah semasa, dengan 25 daripada 27 negara anggota EU mengundi menyokong pindaan berkenaan.
Prosedur baharu itu memperuntukkan pengurangan kuota bebas cukai kira-kira 47 peratus, membolehkan import 18.3 juta tan keluli setahun tanpa tarif.
Sebaliknya, duti kastam sebanyak 50 peratus akan dikenakan ke atas jumlah yang melebihi kuota itu, berbanding kadar semasa sebanyak 25 peratus.
Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha EU untuk memperkukuh perlindungan bagi sektor perindustriannya dalam menghadapi tekanan global dan peningkatan persaingan dalam pasaran keluli.
-- BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial