DUNIA > BERITA

PM Vietnam Gesa ASEAN Mainkan Peranan Lebih Besar Bentuk Norma Global

10/06/2026 08:51 AM

HANOI, 9 Jun (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri Vietnam Le Minh Hung menggesa ASEAN pada Selasa supaya memainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk norma global, serta bertindak melampaui sekadar menyertai trend global kepada membantu mencorakkannya, lapor Xinhua.

Ketika berucap pada sesi pembukaan Forum Masa Hadapan ASEAN 2026 di ibu negara Vietnam, Hanoi, Hung berkata ASEAN sepatutnya menjadi pusat dialog, pusat tumpuan kerjasama dan paksi kepercayaan di tengah-tengah perpecahan serta persaingan global yang semakin meningkat.

Beliau menggesa blok serantau itu untuk berkembang daripada sebuah hab pembuatan kepada hab inovasi, dengan menegaskan bahawa ASEAN bukan sahaja harus menjadi pengguna teknologi tetapi juga penciptanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelaburan besar dalam bidang sains dan teknologi, inovasi, ekonomi digital serta sumber manusia berkualiti tinggi bagi membina ekosistem teknologi dan digital berpusatkan ASEAN yang mencerminkan nilai serantau sekali gus menyumbang kepada pembentukan piawaian global.

Hung berkata kejayaan ASEAN sepatutnya diukur berdasarkan peluang yang dicipta untuk golongan muda, peranan yang diberikan kepada wanita, perlindungan yang disediakan bagi kumpulan rentan serta sejauh mana rakyatnya merasai semangat kekitaan terhadap komuniti itu.

--BERNAMA-XINHUA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan