CHONGQING, 11 Jun (Bernama-CMG) -- Forum Kumpulan Media China (CMG) edisi kelima berlangsung di sini pada Rabu, menghimpunkan kira-kira 300 wakil dari pelbagai negara.
Bertemakan “Upholding and Reshaping: The Media's Mission in the Intelligent Era”, forum itu disertai wakil jabatan kerajaan, organisasi antarabangsa, badan media, kumpulan pemikir serta syarikat transnasional dari seluruh dunia.
Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis perasmian berkata kecerdasan buatan (AI) wajar menjadi produk awam antarabangsa yang membawa manfaat kepada seluruh umat manusia, seperti ditegaskan Presiden China Xi Jinping.
“Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 China, selain menjadi tempoh kritikal untuk mentransformasikan AI daripada visi teknikal kepada realiti industri di peringkat global.
“CMG ingin mengambil peluang forum ini untuk mengundang rakan media dari seluruh dunia berganding bahu dalam mencorak landskap komunikasi pintar yang terbuka, inklusif dan bersifat perkongsian, sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Shen.
Selain forum utama, empat forum sampingan turut diadakan sempena Forum CMG kali ini.
Para peserta akan membincangkan pelbagai topik termasuk integrasi kebudayaan dengan teknologi, tanggungjawab media pada era kecerdasan, komunikasi serta sistem tadbir urus global.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial