DUNIA > BERITA

Festival Filem Antarabangsa Shanghai Ke-28 Buka Tirai

12/06/2026 01:04 PM

SHANGHAI, 12 Jun (Bernama-CMG) -- Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-28 anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kerajaan Perbandaran Shanghai membuka tirainya di sini pada Jumaat.

Kira-kira 4,100 filem dari 125 negara dan wilayah mendaftar untuk bertanding kali ini, sekali gus mencatatkan angka tertinggi dalam sejarah festival. Daripada jumlah itu, 82 peratus merupakan tayangan perdana global.

Pada masa sama lebih 420 filem asing akan ditayangkan menerusi 1,600 sesi tayangan. 

Selain itu, unit penghasilan berteraskan sains dan teknologi akan dilancarkan pada hari pertama festival filem berkenaan bagi memperkenalkan pelbagai langkah dan aktiviti yang menggalakkan integrasi antara industri filem dengan sains dan teknologi.

Inisiatif itu turut mengetengahkan pencapaian terkini Shanghai sebagai hab filem berteknologi tinggi dalam penghasilan filem dan penggunaan teknologi termaju.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan