DUNIA > BERITA

Pemain Portugal Pakai Gelang Tangan Ingati Jota

14/06/2026 09:14 PM

MIAMI, 14 Jun (Bernama-dpa) -- Portugal bertandang ke Piala Dunia dengan penghormatan khas untuk mendiang pemain pasukan kebangsaan Diogo Jota, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sebelum berlepas ke Amerika Syarikat, Perdana Menteri Luis Montenegro menghadiahkan gelang tangan berwarna hijau dan merah kepada setiap pemain, yang mengandungi nama semua anggota skuad dan inskripsi penghormatan buat Jota.

Penyerang Liverpool itu meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Sepanyol pada Julai 2025.

“Kami amat menghargainya,” kata pemain tengah Portugal, Vitinha pada sidang media pada Sabtu di kem latihan Piala Dunia pasukan itu di Palm Beach Gardens, Florida.

“Perdana menteri telah "menyerahkan kepada kami untuk memutuskan sama ada dan bagaimana kami mahu memakainya".

Bintang Saint-Germain Paris itu berkata skuad telah memutuskan secara bersama untuk memakai gelang tersebut sepanjang kejohanan, termasuk dalam latihan dan semasa perlawanan.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan