JEDDAH, 16 Jun (Bernama-WAFA) -- Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembukaan kedutaan oleh wilayah Somaliland di Baitulmuqaddis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sekretariat Agung itu menegaskan bahawa tindakan berkenaan adalah menyalahi undang-undang serta merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi berkaitan.
Ia turut menegaskan bahawa Israel, sebagai kuasa pendudukan tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitulmuqaddis yang diduduki dan semua keputusan serta langkah yang bertujuan mengubah status politik, perundangan atau demografi bandar itu adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
Sekretariat Agung itu menegaskan semula solidariti penuh terhadap Somalia serta sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kedaulatan negara dan keutuhan wilayahnya, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap tindakan menyalahi undang-undang itu serta menentangnya.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial