DUNIA > BERITA

Delegasi Iran Berlepas Ke Tehran Selepas 18 Jam Rundingan Dengan AS

22/06/2026 09:59 PM

ISTANBUL, 22 Jun (Bernama-Anadolu) -- Delegasi Iran berlepas dari Switzerland ke Tehran pada Isnin selepas hampir 18 jam rundingan dan perundingan intensif, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar milik kerajaan Iran, IRIB.

Delegasi yang diketuai Speaker Parlimen Iran merangkap ketua perunding negara itu, Mohammad Bagher Qalibaf, berlepas selepas sesi rundingan di Burgenstock berakhir.

Terdahulu, negara pengantara Qatar dan Pakistan memaklumkan bahawa rundingan itu berlangsung dalam suasana "positif dan membina" serta menghasilkan "kemajuan yang menggalakkan".

Menurut Qatar dan Pakistan selaku negara pengantara, kedua-dua pihak bersetuju mengenai beberapa mekanisme bagi memajukan rundingan ke arah perjanjian muktamad, termasuk penubuhan jawatankuasa peringkat tinggi, pembentukan kumpulan kerja teknikal serta pelan hala tuju 60 hari bagi mencapai perjanjian muktamad.

Rundingan teknikal dijangka diteruskan pada akhir minggu ini bagi membincangkan isu-isu yang masih belum selesai.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan