DUNIA > BERITA

Trump Ancam Tarif 100 Peratus Ke Atas Negara Laksana Cukai Perkhidmatan Digital

27/06/2026 11:40 AM

WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengancam akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas import dari mana-mana negara yang melaksanakan cukai perkhidmatan digital, yang menurutnya menyasarkan syarikat-syarikat Amerika, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beberapa negara Eropah sedang membincangkan pelaksanaan cukai perkhidmatan digital terhadap syarikat AS dalam masa terdekat, malah ada yang hampir melaksanakannya.

"Sesetengah negara ini hampir melaksanakan cukai itu. 

"Biar kenyataan ini menjadi makluman bahawa mana-mana negara yang mengenakan cukai sedemikian akan segera dikenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan yang dihantar ke Amerika Syarikat," katanya.

Trump berkata tarif itu akan mengatasi mana-mana perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan negara terbabit, sama ada yang telah dilaksanakan, ditandatangani atau belum dimuktamadkan.

"Selain itu, tarif 100 peratus itu akan dikenakan serta-merta sekiranya mereka meneruskan pelaksanaan cukai terbabit," katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan