BERITA COVID–19   AS catat kes pertama varian Omicron | 97 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksin | Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 diwarta sebagai barang kawalan mulai hari ini | Omicron: Warga emas, individu komorbid disaran elak perjalanan ke luar negara | Agong gusar penularan varian Omicron, nasihat rakyat ambil vaksin, berdisiplin, patuhi SOP - Istana Negara | 
BAJET 2022

JKM Sedia Pelbagai Inisiatif Galak Taska, Pusat Jagaan Berdaftar

Oleh Erda Khursyiah Basir & Balkish Awang Isu kecuaian, pengabaian dan penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh, taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan sering kali berlaku bagaikan tiada berkesudahan. Lebih meruntun hati apabila ada yang tergamak bertindak kejam memperlakukan bayi dan kanak-kanak sehingga meragut nyawa mereka. Dalam artikel siri akhir daripada lima bahagian ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menegaskan kewajipan untuk setiap pengasuh dan pengusaha taska mempunyai sijil KAP, menjawab dakwaan proses pendaftaran yang rumit serta yuran taska dan pusat jagaan yang dikatakan mahal, serta inisiatif yang digembleng bagi menggalakkan lebih ramai pengasuh, taska dan pusat jagaan untuk berdaftar dengan agensi itu. KUALA LUMPUR (Bernama) -- ‘Jom Daftar’ dan khidmat nasihat pendaftaran adalah antara program advokasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menggalak serta memudahkan lebih banyak premis taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan berdaftar dengan agensi itu.  Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Fatimah Zuraidah Salleh, mesyuarat ‘Pusat Sehenti’ juga kerap diadakan JKM negeri bersama agensi teknikal yang terlibat bagi mengatasi masalah pendaftaran. “Bagi taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak mempunyai usaha untuk berdaftar pula, JKM akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas mereka," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.  [ baca lagi ]
3jam lalu

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan