EKONOMI > BERITA

HAILY GROUP RAIH KONTRAK RM76.65 JUTA BAGI PROJEK KEDIAMAN DI JOHOR

18/07/2024 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Haily Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM76.65 juta bagi kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan projek kediaman di Johor.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata surat lantikan (LOA) telah dikeluarkan oleh Razin Architects Sdn Bhd bagi pihak Kews Senibong Sdn Bhd.

Haily berkata projek itu merangkumi dua fasa (Fasa 1A dan 1B) dengan Fasa 1A bermula pada 16 Julai, 2024 dan kerja-kerja bagi kawasan utama dijangka siap pada 15 Mac, 2025, manakala baki kawasan lain pada 15 Okt, 2025.

Fasa 1B akan dimulakan selepas mendapat arahan dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh permulaan Fasa 1A dan disiapkan dalam masa 22 bulan dari tarikh dimulakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan