EKONOMI > BERITA

Petronas beri PSC kepada 3 kluster DRO di Semenanjung Malaysia

26/07/2024 04:10 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk tiga kluster Peluang Sumber Ditemui (DRO) menerusi pusingan pertama, Pusingan Bidaan Malaysia Tambahan (MBR+).

Kluster ini terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Kluster aset medan kecil (SFA) ini termasuk medan Bubu, Bunga Tasbih dan Enau, yang telah diberikan kepada Ping Petroleum Sdn Bhd dan Duta Marine Sdn Bhd.

Satu lagi PSC kluster SFA diserahkan untuk empat medan: Puteri, Padang, Penara dan Lukut Utara, kepada Jadestone Energy (PM) Inc.

Selain itu, medan Pertang, Kenarong, Noring dan Bedong diberikan kepada Hibiscus Oil and Gas Malaysia Ltd dan Petronas Carigali Sdn Bhd menerusi hasil yang lebih baik berbanding terma kos.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Datuk Bacho Pilong berkata MPM akan terus memberi sokongan dan mendorong kerjasama untuk memudahkan penjanaan keuntungan daripada aset ini.

Beliau berkata MBR+ dan myPROdata Petronas memainkan peranan penting untuk membuka peluang kepada pelabur berpotensi dan pemain sedia ada untuk meneroka peluang pertumbuhan perniagaan di Malaysia.

“Kami gembira menyaksikan operator kami terus mengembangkan portfolio di Malaysia.

"Kepakaran teknikal khas dan ketangkasan mereka adalah penting dalam mengharungi cabaran unik bagi penjanaan keuntungan dan membangunkan aset DRO yang cekap dan selamat," kata Bacho.

Tawaran PSC itu merangkumi portfolio 12 bidang, yang mengetengahkan aset minyak dan gas dalam lembangan Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kluster DRO ini terletak di lembangan hidrokarbon yang terbukti dan berhampiran infrastruktur sedia ada, memberikan peluang pembangunan sinergistik untuk penjanaan keuntungan.

Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, Petronas akan memeterai PSC MBR+ tambahan.

Dilancarkan pada Oktober 2023, MBR+ melengkapkan pelesenan MBR Malaysia dengan menawarkan saluran tambahan untuk pelabur terlibat dalam DRO dan aset hayat lewat di Malaysia.

Ia tersedia secara eksklusif kepada pelanggan berbayar myPROdata Petronas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan