EKONOMI > BERITA

Pengukuhan Ekonomi, Ringgit Dorong Malaysia Capai Status Berpendapatan Tinggi Menjelang 2027 - Rafizi

29/07/2024 04:17 PM

PUTRAJAYA,  29 Julai (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata sekiranya sasaran ini dapat dicapai, Malaysia akan dilihat sebagai negara berpotensi yang seterusnya berupaya bangkit kembali menjadi ‘Harimau Asia’. 

“Piawaian ini adalah yang lebih mudah (untuk melayakkan Malaysia mendapat status tersebut). Ia juga bergantung kepada kemampuan kita menjadi hab kewangan antarabangsa di samping prestasi Bursa Malaysia yang positif,” kata Rafizi pada sidang media selepas majlis pelancaran Penemuan Banci Ekonomi 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), di sini, hari ini.

Sebelum ini Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Malaysia sedang berada di landasan untuk mencapai semula status Harimau Asia.

Ini berdasarkan tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi negara yang memberangsangkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan