EKONOMI > BERITA

Perjanjian Jual Dan Beli Bagi Tingkatkan Pegangan Dalam Affin Bank Dimuktamadkan Dalam Tempoh Sebulan

30/07/2024 05:32 PM

PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak dijangka akan memuktamadkan perjanjian jual dan beli (SPA) berhubung penambahan pegangan saham Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam tempoh sebulan.

“Bank Negara Malaysia sudah beri kelulusan bersyarat, justeru SPA berkenaan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan. Ia adalah proses teknikal, ini adalah peraturan perlu dipatuhi," kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Malaysian Board of Technologists (MBOT) Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan rancangan Sarawak untuk meningkatkan pegangannya dalam Affin Bank Bhd kepada sekitar 30 peratus daripada 4.8 peratus pada masa ini, boleh menjadi ‘kemenangan berganda’ dalam merealisasikan pulangan yang tinggi atau berpatutan daripada pelaburannya dalam bank itu.

Pada 19 Julai lepas, Abang Johari dilaporkan berkata Kerajaan Sarawak dan LTAT akan meneruskan SPA untuk meningkatkan pegangan kerajaan negeri dalam Affin Bank sebaik sahaja kelulusan kawal selia diperoleh.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan