EKONOMI > BERITA

Transformasi Bank Digital Perlu Dipercepatkan, Diberi Laluan Pantas - PM Anwar

02/08/2024 12:51 PM

PETALING JAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Transformasi bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberi laluan pantas supaya dapat bergerak maju dan tidak ketinggalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek. 

Anwar turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses yang lama. 

“Cabaran untuk GXBank dan bank digital lain ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat. 

“Saya yakin seluruh keluarga GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini.

Anwar menegaskan bank digital perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat untuk kekal mampan, selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat mengenai bank digital.

“Bagi saya, jika ekonomi itu tidak merakyatkan, maka ekonomi itu tidak mampan,” kata beliau.

Beliau berkata angka pertumbuhan negara, jumlah pelaburan, kawalan inflasi dan pengangguran kini membanggakan dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dengan negara lain.

-- BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan