EKONOMI > BERITA

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$114.7 Bilion Pada 31 Julai, 2024

07/08/2024 05:27 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$114.7 bilion setakat 31 Julai, 2024 daripada US$113.82 bilion (US$1=RM4.47) dicatatkan pada 28 Jun, 2024.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah US$102.4 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.13 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM541.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.18 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM45.34 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.19 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85 bilion), deposit lain (RM66.74 bilion), kertas Bank Negara (RM15.50 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM2.89 bilion).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan