EKONOMI > BERITA

Unit Kawan Renergy Raih kontrak Bernilai RM58 Juta Daripada KAB Energy

07/08/2024 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kawan Renergy Bhd (KRB), Kawan Engineering Sdn Bhd (KESB) memeterai perjanjian kontraktor dengan KAB Energy Holdings Sdn Bhd bagi projek bernilai RM58 juta.

Menurut KRB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KAB Energy telah melantik KESB untuk penyediaan kerja mekanikal dan memadam kebakaran serta kerja elektrik bagi loji janakuasa 52 megawatt dan kemudahan berkaitan di Sipitang, Sabah.

Menurutnya, dalam tempoh 20 hari daripada menerima surat lantikan bertarikh 8 April 2024, KESB perlu menerbitkan bon prestasi sebanyak 5.0 peratus daripada jumlah subkontrak dan jaminan korporat yang menyokong KAB Energy.

“Rasional kepada cadangan menyediakan jaminan korporat oleh KRB kepada KESB itu bertujuan memastikan KESB melaksanakan semua kewajipannya di bawah subkontrak berkenaan,” kata KRB.

Menurut syarikat, subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih masa depan kumpulan memandangkan sebarang keuntungan kepada kumpulan akan direalisasikan secara berperingkat dalam tempoh dan kemajuan subkontrak.

"Subkontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham yang besar syarikat," katanya.

Kerja-kerja akan bermula pada 8 April 2024 dan dijadualkan siap pada suku pertama 2026.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan