EKONOMI > BERITA

Kenanga jangka hasil bon Malaysia meningkat minggu depan

09/08/2024 07:03 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan hasil bon Malaysia meningkat minggu depan, didorong oleh kebimbangan yang berkurangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

Kenanga dalam nota penyelidikan hari ini berkata unjuran peningkatan itu adalah berdasarkan hasil kepada data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) lebih kukuh daripada jangkaan dan angka pekerjaan yang stabil.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), IPP Malaysia meningkat sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024, menunjukkan momentum positif selama enam bulan berturut-turut terutamanya dipacu pertumbuhan mampan dalam sektor pembuatan,

"Prospek kami akan terus disokong oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 yang akan datang terutamanya jika ia melebihi anggaran DoSM," kata Kenanga.

Ia berkata peningkatan dalam data ekonomi AS termasuk angka perkhidmatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang kukuh dan penurunan kadar pengangguran telah membawa kepada hasil tempatan lebih tinggi, menunjukkan peralihan sederhana dalam selera risiko pelabur.

"Bagaimanapun, pasaran bon domestik terus menarik pelabur. Pelabur asing membeli sekuriti hutang Malaysia bernilai RM1.9 bilion minggu ini," katanya.

Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) menunjukkan pergerakan bercampur-campur minggu ini, antara -3.7 mata asas (bps) hingga 5.6 mata asas secara keseluruhanMGS 10 tahun meningkat sebanyak 5.3 mata asas kepada 3.762 peratus manakala GII 10 tahun meningkat sebanyak 5.6 mata asas kepada 3.778 peratus.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan